Ahad, 10 Mac 2019

LATIHAN

soalan : Jelaskan 4 jenis komunikasi yang boleh digunakan oleh seorang ketua dalam memberikan arahan kepada subordinat yang sukar menerima arahan. (12 markah)

cadangan jawapan cikgu akan diberikan pada 11/3/2019 selepas jam 5.00 petang

CADANGAN JAWAPAN

4 jenis komunikasi yang boleh digunakan oleh seorang ketua dalam memberikan arahan kepada subordinat yang sukar menerima arahan ialah :

1. perbincangan (fakta - 1 markah)
- perbincangan merupan komunikasi lisan di mana beberapa individu berbual mengenai sesuatu topik sama ada secara formal ataupun tidak. (huraian - 1 markah)
- seorang ketua boleh berbincang dengan subordinatnya dan menggunakan pendekatan yang disesuaikan dengan subordinat tersebut seperti memujinya, bersikap tegas atau mengingatkannya tentang hukuman yang boleh dikenakan. (contoh - 1 markah)

2. mesyuarat
- mesyuarat adalah satu perbincangan formal untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.
- melalui mesyuarat, ketua boleh memberikan arahan dengan jelas kepada subordinatnya kerana keputusan mesyuarat akan diminitkan, diedarkan dan dipantau perkembangannya.

3. bahasa badan
- bahasa badan adalah komunikasi bukan lisan dengan menggunakan pergerakan tubuh, memek muka, jarak dan sebagainya untyk menyampaikan mesej.
- ketua boleh menggunakan bahasa badan seperti bermuka serius, berpeluk tubuh, merenung dan sebagainya untuk menunjukkan ketegasannya memberikan arahan.

4. tulisan 
- tulisan adalah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang menggunakan tulisan berbentuk huruf, angka dan simbol untuk menyampaikan mesej.
- seorang ketua boleh menulis memo atau surat untuk memberikan arahan kepada subordinatnya. 
TEKNIK MENDENGAR SECARA BERKESAN

1. mendengar secara empati dan objektif
- empati - mendengar dengan perasaan. merasai apa yang dirasai oleh penyempai.
- objektif - mendengar isi yang disampaikan tanpa perasaan 

2. mendengar secara kritikal dan non judgemnetal
- kritikal -  mendengar sambil menilai mempersoal atau mempertikai maklumat yang didengar
- non judgemental - mendengar dan menerima bulat-bulat apa sahaja yang didengar tanpa mempoersoal

3. mendengar secara cetek dan mendalam
- cetek - mendengar maklumat asas yang disampaikan
- mendalam - mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan perkara yang disampaikan

Selasa, 14 Mac 2017

KELEBIHAN BELAJAR TINGKATAN ENAM (PRA-U) STPM

1. STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment UK sebagai setaraf A-Level
-STPM boleh digunakan untuk sambung belajar di universiti negara-negara Komanwel
-STPM boleh digunakan untuk memohon kerja di negara-negara Komanwel

2. Kelayakan setaraf diploma
-STPM diiktiraf setaraf diploma untuk memasuki perkhidmatan kerajaan(kerja kerajaan)

3. Diutamakan memasuki IPT
-Pemegang STPM diutamakan menyambung ke program ijazah IPT berbanding diploma atau sijil matrikulasi

4. Tempoh masa yang singkat
-Tempoh pengajian hanya setahun setengah (3 penggal)

5. Menggunakan sistem modular
-Pengajian dalam tiga penggal. Peperiksaan di setiap hujung penggal.

6. Boleh perbaiki keputusan
-Pelajar boleh menduduki peperiksaan ulangan untuk memperbaiki keputusan

7. Ada kerja kursus
-Pelajar menjalankan kajian (Kerja Kursus) seperti tugasan di universiti

8. Tiada yuran pembelajaran dikenakan
-Hanya perlu membayar yuran PIBG, majalah sekolah dan yuran kelab

9. Tidak perlu memakai uniform sekolah
-Pelajar mengenakai pakaian smart casual

10. Kelas MUET
-Pelajar disediakan kelas untuk menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)

11. Menerima Kad Debit Pelajar
-Pelajar menerima kad debit pelajar bernilai RM250 setahun (RM100 pada tahun 2019)

12. Tiada pinjaman PTPTN
-Pelajar tidak perlu membuat pinjaman PTPTN. Biasiswa diberikan kepada pelajar yang layak

13. Lokasi berhampiran kediaman
-Sekolah atau pusat tingkatan enam berhampiran kediaman pelajar. lazimnya 3-4 buah bagi setiap daerah. tidak perlu menyewa rumah.