Jumaat, 10 Januari 2020

CARTA GANTT

Carta ini diperkenalkan oleh Henry L Gantt

Ia menunjukkan senarai aktiviti dan masa/tempoh aktiviti dirancang untuk dilaksanakan

semua aktiviti akan disenaraikan dan disusun mengikut masa ia perlu dilaksanakan

masa untuk aktiviti dilaksanakan akan ditanda di dalam carta

dengan menggunakan Carta Gantt ini, tempoh pelaksanaan dapat dirancang dengan tersusun dan kerja disiapkan mengikut tempohnya.

<
CARTA GANTT KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN 2020











AKTIVITI MINGGU
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
taklimat









penentuan objektif kajian









membina soal selidik









membuat kajian lapangan









membuat analisis kajian









menulis laporan kajian









membuat pembentangan









menghantar laporan kajian









Isnin, 11 Mac 2019

TAKTIK PERUNDINGAN

1. GOOD GUY, BAD GUY
2. NIBLING
3. TRIAL BALOON
4. RED HERRING
5. LIMITED AUTORITY
6. OUTRAGEOUS
7. APPARENT WITHDRAWAL

Ahad, 10 Mac 2019

LATIHAN

soalan : Jelaskan 4 jenis komunikasi yang boleh digunakan oleh seorang ketua dalam memberikan arahan kepada subordinat yang sukar menerima arahan. (12 markah)

cadangan jawapan cikgu akan diberikan pada 11/3/2019 selepas jam 5.00 petang

CADANGAN JAWAPAN

4 jenis komunikasi yang boleh digunakan oleh seorang ketua dalam memberikan arahan kepada subordinat yang sukar menerima arahan ialah :

1. perbincangan (fakta - 1 markah)
- perbincangan merupan komunikasi lisan di mana beberapa individu berbual mengenai sesuatu topik sama ada secara formal ataupun tidak. (huraian - 1 markah)
- seorang ketua boleh berbincang dengan subordinatnya dan menggunakan pendekatan yang disesuaikan dengan subordinat tersebut seperti memujinya, bersikap tegas atau mengingatkannya tentang hukuman yang boleh dikenakan. (contoh - 1 markah)

2. mesyuarat
- mesyuarat adalah satu perbincangan formal untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.
- melalui mesyuarat, ketua boleh memberikan arahan dengan jelas kepada subordinatnya kerana keputusan mesyuarat akan diminitkan, diedarkan dan dipantau perkembangannya.

3. bahasa badan
- bahasa badan adalah komunikasi bukan lisan dengan menggunakan pergerakan tubuh, memek muka, jarak dan sebagainya untyk menyampaikan mesej.
- ketua boleh menggunakan bahasa badan seperti bermuka serius, berpeluk tubuh, merenung dan sebagainya untuk menunjukkan ketegasannya memberikan arahan.

4. tulisan 
- tulisan adalah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang menggunakan tulisan berbentuk huruf, angka dan simbol untuk menyampaikan mesej.
- seorang ketua boleh menulis memo atau surat untuk memberikan arahan kepada subordinatnya.