Khamis, 21 Februari 2013

AKTA KONTRAK 1950

 ELEMAN KONTRAK

"sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang" seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950

1. TAWARAN          [seksyen 2(a)]
seseorang menyatakan kesediaan melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu untuk dapat persetujuan pihak lain untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu.
- Jelas, lengkap dan muktamat
- Penerima harus ditentukan
- Berbeza dengan pelawaan tawaran (layan diri, lelongan, edaran/iklan, katalog)
*Penamatan tawaran
- Pembuat tawaran menamatkan tawaran
- Penolakan tawaran
- Luputnya waktu
- Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran

2. PENERIMAAN    [seksyen 2(b)]
orang yang ditawarkan menerima tawaran
- Jelas, mutlak dan tidak bersyarat
- Penerimaan secara biasa dan munasabah
- Penerimaan mesti didokumentasikan
- jangkamasa yang munasabah
- Penerimaan lengkap sebaik pembuat tawaran mengetahui penerimaan dengan pengecualian
* penunaian syarat
* kaedah pos terpakai
* jualan lelong


3. NIAT                   [seksyen 2(a)]
Niat untuk mengikat dari segi undang-undang
- Automatik menjadi kontrak apabila berkkaitan urusan perniagaan dan perdagangan
- Kekeluargaan, domestik dan sosial perlu dibuktikan ada niat berkontrak dan mengikat

4. KEUPAYAAN      [seksyen 11]
Layak berkontrak
- Dewasa - berumur 18 tahun dan ke atas
- berakal sempurna - boleh pertimbangkan dengan rasional semasa berkontrak
* lazimnya tak berakal sempurna, boleh berkontrak semasa berakal sempurna
* lazimnya berakan sempurna, tidak boleh berkontrak semasa tidak berakal sempurna
- tidak hilang kelayakan seperti muflis, dipenjara, kediaman terhad

5. KETENTUAN      [seksyen 30]
Peruntukan yang nyata dan tertentu
- bahada tidak kabur dan samar-samar
- mesti mencapai janji pada perkara pokok

6. BALASAN           [seksyen 2(d)]
Apa-apa manfaat yang diterima oleh pembuat kontrak
- mesti mempunyai unsur timbal balik
- balasan tidak semestinya dari pembuat janji
- balasan lampau adalah sah
- balasan tidak semestinya berpadanan
- balasan mesti sah dari sisi undang-undang
- perjanjian tanpa balasan
* kasih sayang, membayar pampasan tindakan sukarela, membayar hutang lapuk

JENIS KESAHAN KONTRAK

1. Kontrak Sah
memenuhi semua keperluan eleman kontrak

2.  Kontrak Batal
- perjanjian yang dilarang undang-undang
- perjanjian bersifat mengecewakan
- perjanjian frod/tipuan
- perjanjian mendatangkan bencana
- perjanjian tidak bermoral
- perjanjian menjejaskan perkahwinan
- perjanjian menghalang profesional  dan perdagangan

3. Kontrak Boleh Batal
- Paksaan
- Pengaruh tidak berpatutan
- Salah nyataan
- frod / tipuan
- Khilaf (silap) nyataan fakta dan khilaf undang-undang

PELEPASAN KONTRAK

1. dengan pelaksanaan
2. dengan persetujuan
3. dengan tiada kemungkinan
4. dengan kemungkiran

PEMULIHAN KONTRAK

1. menamatkan kontrak
2. ganti rugi
3. pelaksanaan spesifik
4. injunksi
5. quantum meruit



1 ulasan:

  1. boley tlong terangkan lebih lnjut tentang keesahan kontrak
    -prjanjian yg dilrang undang2
    -prjanjian mngecewakan undang2
    -prjanjian frod
    -prjanjian bencana pd diri
    -prjanjian yg tdk brmoral
    -prjanjian mghalang prkahwinan
    dengan kes skali

    BalasPadam