Khamis, 14 Februari 2013

STRES



STRESSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!

Tekanan ni disebabkan kesan daripada persekitaran yang mengakibatkan tekanan dan perubahan kepada fizikal, mental dan emosi.

Setiap hari setiap manusia menghadapi tekanan. ada tekanan yang sedikit dan ada tekanan yang banyak dan kuat. Kuat lemah tekanan itu pula bergantung kepada persepsi individu terhadap tekanan itu sendiri. Ada yang kuat, lalu tekanan yang kuat sekalipun dilihatnya sebagai tekanan yang lemah. Ada yang lemah, lalu tekanan yang sedikit pun dilihatnya terlalu menekannya.

PUNCA STRES

1) Pekerjaan dan Tempat Kerja

1.1 Konflik Peranan - pekerja ada pelbagai peranan yang berbeza-beza
1.2 Kekaburan Peranan - Pekerja kurang jelas apa patut dibuat
1.3 Beban Tugas - Tugas terlalu banyak atau sedikit
1.4 Skop Kerja - Tanggungjawab yang terlalu besar
1.5 Kurang Sokongan Sosial - Tiada sokongan rakan sekerja, majikan, pekerja
1.6 Keadaan Tempat Kerja - Tempat kerja kurang selesa
1.7 Struktur Organisasi - Birokrasi, banyak prosedur nak kena ikut
1.8 Kepimpinan Organisasi - Ketua terlalu autokrat atau bebas
1.9 Kitaran Hayat Organisasi - Organisasi baru banyak kerja
1.10 Ganjaran dan Pampasan - Tidak diberi seadilnya pada masa sesuai
1.11 Hubungan Manusia - Pekerja-majikan, pekerja-pekerja, pekerja-pelanggan

2) Individu

2.1 Personaliti - Sifat individu, cepat marah, lemah semangat, penakut
2.2 Lokus Kawalan - Kawalan luaran dan dalaman
2.3 Pengalaman Kerja - Kurang pengalaman kerja
2.4 Persepsi - Tanggapan negatif sesuatu keadaan
2.4 Rutin Harian - Bosan dengan rutin biasa

3) Persekitaran Luaran

3.1 Ketidaktentuan Ekonomi - Ekonomi meleset kemungkinan potong gaji, buang kerja
3.2 Ketidakstabilan Politik - Perubahan politik mungkin akibatkan perubahan dasar dan peraturan
3.3 Ketidaktentuan Teknologi - Teknologi baru meresahkan pekerja lama
3.4 Kejadian Mengejutkan - Kematian, kemalangan, kecederaan, kehilangan, jenayah

KAEDAH MENANGANI STRES

1) Pendekatan Organisasi

1.1 Iklim organisasi yang baik - pastikan suasana harmoni, hubungan pekerja baik
1.2 Program kaunseling - sediakan kaunselor
1.3 Progran sokongan keluarga - sediakan kemudahan meringankan urusan keluarga
1.4 Program pengurusan stres - ceramah, kursus, bengkel, meditasi
1.5 Mentor - sediakan pembimbing yang mahir
1.6 Rekabentuk kerja - ubahsuai sesuai dengan pekerja
1.7 Matlamat jelas - matlamat jelas difahami pekerja
1.8 Komunikasi organisasi - komunikasikan semua dasar, aktiviti dan perubahan

2) Pendekatan Individu

2.1 Pengurusan masa - uruskan masa, buat ikut keutamaan, jangan buat 'last minut'
2.2 Teknik fisiologi - meditasi, rehat, cuti, bersiar-siar, laksanakan hobi
2.3 Bersukan dan bersenam - sukan, main, berkebun, berpeluh
2.4 Sokongan sosial - kongsi masalah dengan orang yang dipercayai - keluarga, rakan, guru, kaunselor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan