Huraikan 5 kemahiran pengurusan yang diperlukan oleh En Malik selaku Pengurus Besar SMD ent. (15)
Lima kemahiran pengurusan yang diperlukan oleh En Malik Selaku Pengurus Besar SMD ent. ialah :
1. Kemahiran konseptual (1)
Kemahiran konseptual ialah kemahiran melihat organisasi secara menyeluruh dan hubung kait antara setiap perkara di dalamnya. (1)
En Malik perlu memahami apakah kesan kepada setiap unsur dalam organisasi jika berlaku sesuatu kepada mana-mana unit di dalam SMD ent. (1)
2. Kemahiran membuat keputusan. (1)
Kemahiran membuat keputusan adalah kemahiran untuk mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. (1)
En. Malik perlu mempunyai kemahiran membuat keputusan untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul dalam SMD ent. (1)
3. Kemahiran perorangan (1)
Kemahiran perorangan adalah kemahiran untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. (1)
Encik Malik perlulah mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan semua pihak iaitu pekerja, pelanggan, pembekal dan sebagainya untuk mendapat atau menyampaikan apa-apa maklumat. (1)
4. Kemahiran pengurusan masa (1)
Kemahiran pengurusan masa ialah kemahiran menanalisis keperluan masa dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang ada. (1)
En Malik perlu memastikan kerja yang dibuat dilaksanakan mengikut masa yang ada supaya tidak mengganggu proses kerja (1)
5. Kemahiran teknikal (1)
Kemahiran teknikal merujuk kepada kemahiran teknik untuk melakukan sesuatu kerja secara terperinci. (1)
Sebagai pengurus besar, Encik Malik tidak memerlukan kemahiran teknikal yang mendalam. cukup sekadar mengetahui serba sedikit teknikal kerja dalam SMD end. (1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan