Selasa, 7 Mac 2017

Latihan (Alat Perancangan)

Sebagai sebuah syarikat pengurusan acara (event management), huraikan empat alat perancangan yang boleh digunakan oleh Event-U Sdn. Bhd dalam merancang sebuah majlis perkahwinan. (16 m)

1. Analisis Titik Pulang Modal
- Analisis titik pulang modal merupakan satu kaedah membuat analisis terhadap pendapatan untuk mengenalpasti jumlah pendapatan atau unit keluaran yang dapat menampung semua kos (modal)
-dalam analisis ini, semua kos (kos tetap dan kos berubah) akan dihitung dan dibandingkan dengan hasil jualan berdasarkan kuantiti jualan untuk memastikan modal yang dikeluarkan dapat diperolehi kembali.
-analisis ini boleh dibuat melalui hitungan menggunakan formula kos tetap bahagi (harga-kos berubah seunit) atau menggunakan rajah/graf/keluk.
- Dengan menggunakan analisis titik pulang modal, Event-U Management dapat mengenalpasti jumlah pendapatan dan majlis perkahwinan yang perlu dikendalikan bagi memperolehi modal yang dikeluarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan