Ahad, 10 Mac 2019

LATIHAN

soalan : Jelaskan 4 jenis komunikasi yang boleh digunakan oleh seorang ketua dalam memberikan arahan kepada subordinat yang sukar menerima arahan. (12 markah)

cadangan jawapan cikgu akan diberikan pada 11/3/2019 selepas jam 5.00 petang

CADANGAN JAWAPAN

4 jenis komunikasi yang boleh digunakan oleh seorang ketua dalam memberikan arahan kepada subordinat yang sukar menerima arahan ialah :

1. perbincangan (fakta - 1 markah)
- perbincangan merupan komunikasi lisan di mana beberapa individu berbual mengenai sesuatu topik sama ada secara formal ataupun tidak. (huraian - 1 markah)
- seorang ketua boleh berbincang dengan subordinatnya dan menggunakan pendekatan yang disesuaikan dengan subordinat tersebut seperti memujinya, bersikap tegas atau mengingatkannya tentang hukuman yang boleh dikenakan. (contoh - 1 markah)

2. mesyuarat
- mesyuarat adalah satu perbincangan formal untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.
- melalui mesyuarat, ketua boleh memberikan arahan dengan jelas kepada subordinatnya kerana keputusan mesyuarat akan diminitkan, diedarkan dan dipantau perkembangannya.

3. bahasa badan
- bahasa badan adalah komunikasi bukan lisan dengan menggunakan pergerakan tubuh, memek muka, jarak dan sebagainya untyk menyampaikan mesej.
- ketua boleh menggunakan bahasa badan seperti bermuka serius, berpeluk tubuh, merenung dan sebagainya untuk menunjukkan ketegasannya memberikan arahan.

4. tulisan 
- tulisan adalah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang menggunakan tulisan berbentuk huruf, angka dan simbol untuk menyampaikan mesej.
- seorang ketua boleh menulis memo atau surat untuk memberikan arahan kepada subordinatnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan